SEJARAH ROCK KAPAK Rock kapak adalah satu genre yang unik kerana walaupun ia berakar umbi dari glam rock, namun elemen Melayunya yang menyebabkan ia lain daripada muzik glam rock dari negara lain. Tahukah awak yang rock kapak ini sebenarnya dari perkataan "car park"?
Kita tak benci Yahudi. Nabi-nabi kita pun ramai dari kaum Yahudi. Yang kita benci adalah Zionisme. Zionisme ni macam Nazisme, bezanya Nazi untuk orang Aryan, Zionisme untuk Yahudi. Percaya bahawa satu kaum lebih superior dari kaum lain ni salah, tak kiralah apa namanya pun.
Ini pemandangan di Sungai Batu, Kedah, tapak ketamadunan Melayu yang terawal dijumpai, dan merupakan ketamadunan yang tertua di Asia Tenggara. Ia wujud pada kurun ke-6 SM, sezaman dengan Raja Rom ketiga, Tullus Hostillus. Sumber: FB Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara.
Semalam adalah ulangtahun ke-36 komik Dragonball dan watak Son Goku diperkenalkan oleh Akira Toriyama. Siapa di sini peminat Dragonball? 😊
The Magic Roundabout yang terletak di Swindon, England merupakan bulatan jalan yang membuatkan orang Shah Alam dan Bangi pun bingung. Ia direka oleh Frank Blackmore dan dibina pada tahun 1972, bertujuan untuk mengawal kelajuan kenderaan.
1. Bahasa Melayu Standard 2. Beka Melayu (bahasa Melayu Austronesia) 3. Bahasa Inggeris lama 4. Bahasa Inggeris Standard Sumber: Alam Bahasa FB
SEJARAH KUIH BULAN Kuih bulan merupakan kuih yang popular dalam masyarakat Cina. Ia dimakan sempena pesta musim luruh atau Zhōngqiū jié (中秋节). Ia juga popular di beberapa negara lain. Di Jepun dipanggil Tsukimi, di Vietnam dipanggil Tet dan di Korea dipanggil Chuseok.
1948: BERMULANYA NAKBA DI BUMI PALESTIN Perang Dunia Kedua menyaksikan negara-negara imperialis Eropah mula merosot kuasanya di tanah jajahan. Kuasa besar, Britain mula hilang kekuatan modal untuk empayarnya. David Ben-Gurion mengambil kesempatan untuk isytihar negara Israel.
Pasar Kajang pada tahun 1910, terletak di Jalan Reko. Pasar Kajang ini dibina pada tahun 1882, yang menjual barangan keperluan seperti beras, garam, sayur-sayuran, serta terdapat gerai orang Asli yang menjual produk hutan seperti petai dan jering. Sumber gambar: FB Selangor 10
Misteri orang minyak bertukar menjadi anjing di Raub, laporan Berita Harian tahun 1958. 😱
Ampun tuanku.
Laporan sukan Berita Harian, 24 Januari 1969.
Pernah jumpa tak kereta Kancil jenis Sedan ni? Atau yang ini masih peringkat prototaip? 🤔
Pada hari ini, tahun 1511, Melaka telah ditakluk oleh Portugis selepas peperangan bermula dari 1 Julai 1511. #HariIniDalamSejarah
Paling tak suka orang jadikan makanan untuk bahan bergurau. Makanan ni kan rezeki. twitter.com/omarmokhtar_my…
😂😂😂😂😂😂😂😂
Sebelum wujudnya media sosial dan laman chat, orang ramai berkenalan melalui sahabat pena. 😊 Siapa masih ada sahabat pena lagi sekarang?
Ia disusun mengikut susunan huruf. Contohnya kenapa Johor 01, kerana J adalah huruf terawal dalam semua negeri. Sabah, Sarawak masuk kemudian selepas 1963, jadi sebab tu nombornya belakang Terengganu. Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1974, 1984 dan 2001. twitter.com/alifzulhans/st…
Drama Pendekar yang popular tahun 90an. Depan tu Rusdi Ramli dan Mahmud Ali Bashah. Arash Mohammad, Delimawati, Roslan Hussein, Ochee dan lagi dua tu tak ingat namanya. 😁
Nokia 3310 adalah telefon bimbit yang dilancarkan pada tahun 2000, dan terjual sebanyak 126 juta unit. Kelebihan: bateri tahan lama, tahan lasak (jatuh telefon dari tingkat 2 pun boleh guna lagi). Kelemahan: Tak boleh main internet, tapi game snake tu fun. 😂 @XavierNaxa
Hari ini ulang tahun ke-79 serangan Jepun ke atas Tanah Melayu, dan Pearl Harbor di Hawaii, Amerika Syarikat. #WorldWarII twitter.com/ErenaTakeuchi/…
Matawang di Malaya sebelum menggunakan ringgit pada tahun 1967 ialah dolar Malaya dan British Borneo. Matawang ini digunakan di Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, serta sebahagian Kepulauan Riau juga menerima matawang ini dalam urusan jual beli.
Antara denda-denda zaman sekolah dulu. Selalunya sebab bising, tak siap kerja sekolah, atau datang lewat ke sekolah. 😂
Sempena mesyuarat Parlimen Malaysia minggu ini, ini adalah susunan kerusi-kerusi parlimen di seluruh dunia. Malaysia menggunakan susunan horseshoe.