Masjid Sahabat ini terletak di sempadan negeri Sabah dan Sarawak. Masjid ini mempunyai dua alamat iaitu di Sindumin, Sabah dan Merapok, Sarawak. Masjid ini boleh dikunjungi oleh kedua-dua belah pihak tanpa perlu slip imigresen negeri masing-masing. Sumber: FB Sabahan Info
SEJARAH HALLOWEEN Halloween adalah perayaan yang disambut di Amerika Syarikat dan ia kini dirayakan di seluruh dunia setiap 31 Oktober. Tapi dari mana datangnya perayaan ini dan mengapa ia disambut?
Kosa kata dalam loghat Johor. Ha, siapa kata Johor tak ada loghat? Orang Johor pun ada loghat dia juga.
Selamat pagi. White Castle merupakan restoran makanan segera yang pernah popular di Malaysia. Berasal dari Wichita, Kansas, ia popular dengan "slider burger" atau burger saiz roti bun. White Castle pernah berada di Kuala Lumpur dan Melaka pada satu masa ketika.
Hari ini merupakan ulangtahun pengeboman di Hiroshima dengan bom atom yang ke-76. Bila teringat peristiwa bersejarah ini, saya akan teringat filem anime paling sedih yang saya pernah tonton, Grave Of The Fireflies. 😢
Banyak je lagu yang tak menang Juara Lagu, tapi kekal evergreen dan diingati sampai bila-bila. Lagu Hijau, Lagenda, Standing In The Eyes Of The World, Puji-Pujian, tak menang AJL pun. Tapi kekal mekar dalam ingatan. Ciptalah lagu untuk dikenang, bukan sekadar menang anugerah.
Sila nasihatkan pada admin media sosial awak supaya jangan nak menunggang penderitaan rakyat Palestin.
Ganbatte Mareshia! 🇲🇾 (がんばってマレーシア!)
Loghat-loghat di negeri Pahang Darul Makmur. Negeri Pahang ni dialeknya mengikut daerah. Siapa orang Pahang kat sini! 😂
Kalau pakai tengkolok di tengah alam Nusantara ni ada orang Melayu kata terencat, mengapa orang pakai coat macam orang British tu dinormalkan sedangkan kita bukannya hidup di tempat empat musim pun? 🤔 twitter.com/H_Bakkaniy/sta…
😂😂😂😂😂😂
Selamat pagi. Satay merupakan makanan sarapan pagi di Muar, Johor. Antara satay yang popular di Muar ialah Satay Restoran Renney, Satay Warisan, Satay Maharani dan Ezan Satay yang terletak di Hentian Bas Muar.
Baik mengaku siapa yang pakai wallpaper ni kat handphone Nokia sabun dia? 😂
Ramai yang mengetahui Tembok Besar China sebagai tembok terpanjang di dunia. Namun, tembok kedua terpanjang di dunia, dibina oleh Empayar Sassanid, empayar Parsi sebelum kehadiran Islam. Ia terletak di antara Iran dan Turkmenistan, hingga ke Laut Caspian.
Orang Melayu rupanya yang warnakan baju Goku tu. 😮 twitter.com/MelakaHijau/st…
SEJARAH CINCAU Memandangkan pantun "pergi ke kedai membeli cincau" sudah menjadi meme nasional, ada beberapa orang juga tanya saya tentang sejarah cincau ni. Cincau atau sebutan dalam loghat Hokkien xian cao (仙草) adalah sejenis minuman jeli yang diperbuat dari sejenis daun.
Tulisan Rencong Kerinchi yang pernah digunakan di Alam Melayu sebelum kehadiran Jawi dan Rumi.
Gambar lama, tahun 1950an. 😊
Selamat pagi. Takoyaki (たこ焼き) ialah snek bebola yang berintikan sotong yang popular di Jepun. 🇯🇵 Ia dicipta oleh seorang peniaga gerai (yatai) yang bernama Tomekichi Endo pada tahun 1935 di Osaka. Takoyaki diinspirasi dari akashiyaki, sejenis snek dari Akashi.
Perkataan ini merupakan perkataan terpanjang dalam bahasa Melayu. @AlamBahasa12 @zamirmohyedin
PKP 2 minggu di Pulau Pinang, Selangor, tiga WP, Melaka 😭 dan Johor. "2 minggu"
Senarai harga barang-barang di Pasar Kuala Lumpur, September 1897.
APAKAH ITU ZIONISME? Dalam siri thread kedua saya tentang #SejarahZionisme, saya akan menulis tentang ideologi ini, siapa pengasasnya serta apa kesannya terhadap Palestin sehingga ke hari ini. Zionisme adalah fahaman bahawa orang Yahudi berhak memiliki negara sendiri...