NizamABDRAZAK(@nizamabdrazak)さんの人気ツイート(新しい順)

51
Dalam #MechamatoMovie sepatutnya ada 2 secret ending. 1 mid credit & satu end credit. Disebabkan durasi dah terlalu panjang, end credit scene Bagogo ini perlu dibuang. Kesian Bagogo...
52
Untuk versi International nanti, lagu beca ini mungkin diedit keluar atau dipendekkan. Kos utk buat lagu beca versi Inggeris, Jepun, Korea, dll terlalu mahal. Tambahan pula versi international patut dibawah 120 min. Kiranya versi yang anda tonton sekarang ialah extended version🤗 twitter.com/mechamato/stat…
53
Utk hasilkan filem yg berkualiti, kosnya mmg tinggi. Ada beberapa perkara yang boleh diperhalusi lagi seperti peratusan duti hiburan yang berada dibawah kerajaan negeri. Mungkin mana-mana filem yang mempromosikan negeri & negara dapat diberikan pengecualian atau pengurangan?
54
(THREAD) Alhamdulillah boxoffice #MechamatoMovie berjaya melepasi RM 20 juta. Satu pencapaian melegakan kerana Mechamato adalah jenama baru. Namun, selepas tolak duti hiburan 25% & dibahagi 2 dgn pawagam, hanya sekitar 1/3 dari koleksi box office sahaja yang akan kami terima.
55
Belajar untuk bersyukur...
56
CONTOHI YAYA. Walaupun biskutnya tidak sedap, sehingga pengsan kesemua pemakannya, dia tetap tidak berputus asa. Kini Yaya diangkat menjadi ikon tourism untuk promosi Wilayah Tohoku, Jepun... dan beliau masih yakin mempromosikan biskutnya.
57
(3/3) Fly With Yaya merupakah CGI Travel Show yang menggunakan teknik CGI bersama live footage. FWY pernah dinominasi bawah Licensing International Exellence Award 2020. Fly With Yaya 'Omotenashi' boleh ditonton di Astro Prima dan MONSTA Youtube Channel.
58
(2/3) Yaya dipilih pihak Tohoku Inbound Association dan Yamagata Broadcasting Co. untuk mempromosikan Muslim-friendly tourism di Tohoku. Tidak seperti di Tokyo yang lebih kepada aktiviti bandar, Tohoku lebih kepada aktiviti countryside dan mempunyai pemandangan yang memukau.
59
(1/3) YAYA DIPILIH MENJADI IKON TOURISM DI JEPUN. Dalam kehangatan Mechamato Movie, MONSTA tampil dengan musim ke-2 Fly With Yaya yang mempromosikan wilayah Tohoku, Jepun. Kali ini Yaya ada kawan baharu; Tomoko-chan.
60
Salam dari Mekah. Saya doakan kepada yang melihat post ini diberikan kesihatan, kejayaan dan kemurahan rezeki.
61
Alhamdulillah. Terima kasih pada semua 1.28 juta penonton yang sudah menonton #MechamatoMovie. Kami percaya masih ramai yang mahu menonton tetapi masih menunggu gaji untuk masuk pada minggu ini & minggu depan. Jom tonton Mechamato Movie! Masih ada 14 hari lagi cuti sekolah!
62
(1/4) Tiada siapa yang nak buat kerja gila lawan Avatar. Kami sudah jangka Avatar akan mendominasi global box office, termasuk Malaysia. Jika dilihat dari tangkap layar ini, memang semua filem, satu dunia elak Avatar, kecuali filem gila dari Malaysia; Mechamato Movie.
63
Ramai yang teruja dgn rekabentuk bangunan Destar dlm #MechamatoMovie. Di Melaka sudah lama ada sekitar 2013. Setiap kali saya balik Melaka dan menuju ke Muar, akan nampak tangki air Tengkolok Dendam Tak Sudah di Sg Rambai. Boleh lah ramai-ramai ke Sg Rambai, kasi jem sikit.
64
Saya berharap filem tempatan diberikan peluang. Bukan tiada demand. Kami hanya perlu diberi peluang sama rata untuk bersaing.
65
Ada 3-4 keluarga. Anak-anak sebut Mechamato berulang kali tetapi disebabkan tiada pilihan, mereka pilih Avatar. Opportunity loss dan saya rasa peluang untuk keluarga tersebut pergi menonton Mechamato Movie agak tipis. Bukan murah untuk tempah tiket untuk keluarga seramai 5-7 org.
66
Rabu malam saya sempat meninjau keadaan di pawagam sebelum bertolak ke Umrah. Tayangan Mechamato Movie tiada waktu malam. Hanya Avatar sahaja yang ada. Memang banyak show untuk Avatar.
67
Bismillah. Harini saya dan keluarga akan berangkat untuk menunaikan ibadah umrah. Mohon doakan kami untuk dipermudahkan urusan. Bermula semalam, Mechamato Movie sudah mula bertempur dgn Avatar. Kami perlukan sokongan anda semua untuk mengekalkan momentum #MechamatoMovieMovie.
68
(1/2) APAKAH NASIB MECHAMATO MOVIE SELEPAS INI? Terima kasih rakyat Malaysia. Sudah lebih 10 juta kutipan dan 700,000 orang menonton #MechamatoMovie. Mengikut trend, masih ramai lagi yang mahu menonton Mechamato Movie.
69
Rasa-rasa kalau jual baju Maskmana ni ada yang nak pre-order tak? #Maskmana #MechamatoMovie
70
1/4 [PANIK] Di MONSTA kami sedang panik kerana populariti Maskmana dalam Mechamato Movie. Maskmana memang diketengahkan untuk citarasa penonton dewasa, tetapi tidak sangka sampai macam ni.
71
(1/3) Alhamdulillah. Terima kasih semua. Sejujurnya kami pun tidak menyangka sambutan sebegini. Tidak seperti jenama BoBoiBoy yang sudah lama bertapak, Mechamato ialah jenama baru MONSTA.
72
Saya suka membawa watak-watak sampingan. Hidup ini dah cukup stress, jadi kita kena menyelam sambil masuk air. Diharap penonton suka dengan watak terbaru saya; Bula si pembuli berhemah & berprinsip. Kalau tak suka pun tak apa, diorang 3 ni memang dibuat untuk orang menyampah 😆
73
(1/2) TRIVIA; Kenapa nama AMATO? Ada yang katakan bunyi seakan-akan Jepun. Sebenarnya nama Amato berkait dengan budaya kita. Nama panggilan asal dia ialah Amat. Tetapi dia suka sangat order air koko-o, teh-o, kopi-o ... semua nya kena ada 'O'. Sebab itu dia digelar Amato.
74
Ayah vs Anak 🤣🤣🤣
75
(1/5) Ramai yang bertanya; perlu ke tonton Series Mechamato untuk layan Mechamato Movie? Jawapan pendek saya; Tidak Perlu. Jawapan panjang saya: