1
Amaran gempa bumi besar di Jepun yang boleh mengakibatkan 200,000 kematian.
Tengok macam mana mereka buat animasi utk beri amaran awal kepada penduduk diorang. twitter.com/NHKWORLD_News/…
2
Kes Lee Zii Jia ni jangan sampai kpop fandom campur tangan. Nanti baru BAM sedar langit tinggi ke rendah.
3
Apa kata cuti jumaat, sabtu dan ahad selaras seluruh Malaysia. Selesai masalah 🤭
#SeparaGurau #SeparaSerius twitter.com/AstroRadioNews…
4
Kalau orang judge aku based on pemakaian aku, memang diorang ingat aku takde duit.
Tapi kalau diorang tengok wallet aku, baru diorang tahu sangkaan diorang tu memang betul. twitter.com/SyahmiYaww/sta…
5
My wife salam my hand every day before she goes to work, and I kiss her hand afterward.
life is beautiful if we just stop hating another gender to prove a point.
7
Kenapa la kedai2 kopi alaf baru ni tak bukak pagi2. Orang nak pergi kerja pagi2 ni la nak mengopi jap hilangkan ngantuk.
8
"kepada kanak2. kalau korang lapar, atau waktu takde makanan dekat rumah, bagitahu dekat pakcik makcik kedai ni ya. tak perlu bayar, bila dah dewasa nanti tolonglah orang yang dalam kesusahan ya" 🥲 twitter.com/chuya_aquarius…
9
umur 20 an sangat mengelirukan. awal 20 an rasa tahu serba serbi, rasa jelas arah tuju hidup, rasa mampu buat apa saja.
akhir 20 an, makin lama makin terasa diri tak pandai, makin kabur perjalanan masa depan, makin ragu2 dengan kemampuan sendiri.
10
Can we keep wearing a mask as a norm even after covid.
It makes me 60% more attractive than I really am… which isn’t much
11
Dilema betul duduk Malaysia ni.
Pengangkutan awam tak efisien. Naik kereta, parking payah.
Parking merata, sah2 salah. Nak parking betul, parking penuh. twitter.com/ZackAvaricious…
12
masa nak kahwin dulu, aku dah prepare nak letak inai dekat jari. tiba2 teringat mcm pernah baca menda tu haram.
cepat2 cari dalam laman web mufti wilayah, jumpa hukum lelaki haram pakai inai ni. nasib baik sempat baca.
Mungkin ramai tak tahu, jadi bantulah sebarkan hukum ni twitter.com/Muzuzxck/statu…
13
berdasarkan pengalaman aku duduk Jepun beberapa tahun, dan dah alami berapa puluh gempa bumi dekat sana. tips paling mudah nak kenal pasti gempa bumi atau tak satu je.
bukak twitter. twitter.com/TheAleem/statu…
14
Anak muda kalau boleh sebelum umur 28 tahun, wajib umur 27 tahun dulu.
15
This looks very unhygienic.
100% would do this with my friends. twitter.com/wakariowa/stat…
16
Salam jumaat.
Tahniah kepada orang dewasa yang pernah belajar di sekolah berasrama tapi tak anggap buli tu budaya normal.
17
Normal ke para suami hilang keinginan shopping utk diri sendiri lepas dh ada isteri dan anak 😂
Dlm kepala skrg duk fikir nk kumpul duit buat rumah selesa utk anak isteri, duit kecemasan, duit anak belajar.
Isteri tanya nak hadiah apa utk birthday pun tak tahu nak apa.
18
Mereka: “tak faham doktor2 ni kalau mengadu gaji rendah pergi je la cari kerja dekat tempat lain. Kenapa harap dekat kerajaan jugak”
Juga mereka: “haish kenapa la hospital kerajaan ni slow sangat. Berapa jam pesakit kena tunggu nak jumpa doktor”
19
China takyah lompat la. Pergi amek pingat emas terus 😭
20
Expectation: balik Malaysia boleh bawa perubahan kepada teknologi negara
Reality: balik malaysia terpaksa ubah karier sebab gaji tak setimpal 😂😂 twitter.com/carino_si/stat…
21
Tenangnya tengok wajah anak aku tidur 🥰
mesti tengah kumpul tenaga nak nangis kuat2 pukul 2, 3 pagi nanti lagi
22
there's a difference between a single man who drinks Starbucks, and a father who drinks Starbucks while his children barely have anything to eat/drink. twitter.com/TI25AQYAH/stat…
23
Korang ada tak alami pertolongan yang sangat kecil, tapi bagi kesan besar dekat hidup korang?
Aku dulu ada kawan FB kongsikan link biasiswa ke Jepun. Dia kata dia tak layak, jadi dia kongsi kot2 ada kawan FB dia layak.
Sebab dia kongsi tu, aku mohon dan dapat biasiswa ke Jepun.
24
‘Hide post’ di Facebook
‘Not interested in this tweet’ dan ‘mute this conversation’ di Twitter.
Manfaatkanlah fungsi2 ini sebaiknya. Sangat berguna untuk jaga ketenangan mental.
25
Kepada orang politik yg kaya raya, atau mana2 pemimpin tu. Mangsa banjir tak perlukan korang datang tunjuk muka sedih dekat kawasan banjir. Diorang perlukan bantuan sebenar.
Bot, makanan, pakaian, tempat tinggal. Setakat sapu lumpur tu diorang boleh buat sendiri nanti.