El #PalestineWillBeFree 🇲🇾 🇵🇸(@ErenaTakeuchi)さんの人気ツイート(リツイート順)

Senarai harga barang-barang di Pasar Kuala Lumpur, September 1897.
Paling tak suka orang jadikan makanan untuk bahan bergurau. Makanan ni kan rezeki. twitter.com/omarmokhtar_my…
Sempena mesyuarat Parlimen Malaysia minggu ini, ini adalah susunan kerusi-kerusi parlimen di seluruh dunia. Malaysia menggunakan susunan horseshoe.
Ramai yang mengetahui Tembok Besar China sebagai tembok terpanjang di dunia. Namun, tembok kedua terpanjang di dunia, dibina oleh Empayar Sassanid, empayar Parsi sebelum kehadiran Islam. Ia terletak di antara Iran dan Turkmenistan, hingga ke Laut Caspian.
SEJARAH ROCK KAPAK Rock kapak adalah satu genre yang unik kerana walaupun ia berakar umbi dari glam rock, namun elemen Melayunya yang menyebabkan ia lain daripada muzik glam rock dari negara lain. Tahukah awak yang rock kapak ini sebenarnya dari perkataan "car park"?
Ini pemandangan di Sungai Batu, Kedah, tapak ketamadunan Melayu yang terawal dijumpai, dan merupakan ketamadunan yang tertua di Asia Tenggara. Ia wujud pada kurun ke-6 SM, sezaman dengan Raja Rom ketiga, Tullus Hostillus. Sumber: FB Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara.
SEJARAH KUIH BULAN Kuih bulan merupakan kuih yang popular dalam masyarakat Cina. Ia dimakan sempena pesta musim luruh atau Zhōngqiū jié (中秋节). Ia juga popular di beberapa negara lain. Di Jepun dipanggil Tsukimi, di Vietnam dipanggil Tet dan di Korea dipanggil Chuseok.
Pada hari ini, tahun 1511, Melaka telah ditakluk oleh Portugis selepas peperangan bermula dari 1 Julai 1511. #HariIniDalamSejarah
Laporan sukan Berita Harian, 24 Januari 1969.
Matawang di Malaya sebelum menggunakan ringgit pada tahun 1967 ialah dolar Malaya dan British Borneo. Matawang ini digunakan di Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, serta sebahagian Kepulauan Riau juga menerima matawang ini dalam urusan jual beli.
Selamat pagi. Satay merupakan makanan sarapan pagi di Muar, Johor. Antara satay yang popular di Muar ialah Satay Restoran Renney, Satay Warisan, Satay Maharani dan Ezan Satay yang terletak di Hentian Bas Muar.
Selamat pagi. Takoyaki (たこ焼き) ialah snek bebola yang berintikan sotong yang popular di Jepun. 🇯🇵 Ia dicipta oleh seorang peniaga gerai (yatai) yang bernama Tomekichi Endo pada tahun 1935 di Osaka. Takoyaki diinspirasi dari akashiyaki, sejenis snek dari Akashi.
Banyak je lagu yang tak menang Juara Lagu, tapi kekal evergreen dan diingati sampai bila-bila. Lagu Hijau, Lagenda, Standing In The Eyes Of The World, Puji-Pujian, tak menang AJL pun. Tapi kekal mekar dalam ingatan. Ciptalah lagu untuk dikenang, bukan sekadar menang anugerah.
Sebelum wujudnya media sosial dan laman chat, orang ramai berkenalan melalui sahabat pena. 😊 Siapa masih ada sahabat pena lagi sekarang?
Bila masa orang Malaysia panggil ni sampah burger? Bukan sampah, burger special. 😤 twitter.com/firstwefeast/s…
SEJARAH GEMAS Gemas merupakan sebuah pekan yang menghubungkan dua laluan kereta api timur dan barat, serta ke selatan. Disebabkan itu, pekan ini seringkali dilawati oleh pengunjung dengan kereta api. Bandarnya terbahagi dua, di Negeri Sembilan dan Gemas Baharu di Johor.
Sila nasihatkan pada admin media sosial awak supaya jangan nak menunggang penderitaan rakyat Palestin.
😑😑😑😑😑
Sebuah buku pada tahun 1816 melabelkan Laut Melayu atau Malayan Sea di perairan negara kita.
Hari ini merupakan ulang tahun ke-80 pengeboman Pearl Harbor dan serangan askar Jepun ke atas Tanah Melayu. twitter.com/ErenaTakeuchi/…
PERISTIWA DOUBLE SIX: KAPAL TERBANG CM SABAH TERHEMPAS Pada 6 Jun 1976, pesawat GAF Nomad dari Labuan ke Kota Kinabalu milik Sabah Air telah terhempas di laut. 10 penumpang dan seorang pemandu semuanya terkorban, termasuk Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens.
Pernah jumpa tak kereta Kancil jenis Sedan ni? Atau yang ini masih peringkat prototaip? 🤔
16 tahun yang lalu, tsunami melanda di Lautan Hindi. 26 Disember 2004 akan terus dikenang bagi komuniti yang terjejas teruk oleh tsunami itu. Di mana awak ketika ini? twitter.com/ErenaTakeuchi/…
Misteri orang minyak bertukar menjadi anjing di Raub, laporan Berita Harian tahun 1958. 😱