#HariIniDalamSejarah Hari ini, 21 tahun yang lalu, perlumbaan pertama Formula Satu kali pertama berlangsung di Malaysia, iaitu di Sepang, Selangor. 🇲🇾 Pemenangnya ialah Eddie Irvine 🇮🇪 dari Ferrari. Rakan sepasukan, Michael Schumacher 🇩🇪 tempat kedua. @chedetofficial
MENGENALI ORANG UIGHUR Uighur merupakan kaum Turkik yang tinggal di Lembah Tarim dan sekitar gurun Taklamakan di Turkestan Timur, atau dikenali sebagai Xinjiang. Wilayah ini telah dijajah oleh China sejak Dinasti Qing, dan terus dijajah pada zaman Republik Rakyat China.
Macam mana ya orang dulu boleh bertahan jodoh lama-lama, dan masih berpimpin tangan sampai dah ada anak cucu? 🤔
Selamat pagi. White Castle merupakan restoran makanan segera yang pernah popular di Malaysia. Berasal dari Wichita, Kansas, ia popular dengan "slider burger" atau burger saiz roti bun. White Castle pernah berada di Kuala Lumpur dan Melaka pada satu masa ketika.
Nak lafazkan kata cinta pada yang tersayang? Boleh gunakan beberapa bahasa dari keluarga Austronesia ini. 😊
Perbezaan bahasa antara negara-negara rantau ASEAN.
Kosa kata dalam loghat Johor. Ha, siapa kata Johor tak ada loghat? Orang Johor pun ada loghat dia juga.
Selamat pagi. Satay merupakan makanan sarapan pagi di Muar, Johor. Antara satay yang popular di Muar ialah Satay Restoran Renney, Satay Warisan, Satay Maharani dan Ezan Satay yang terletak di Hentian Bas Muar.
SEJARAH KAJANG Kajang merupakan sebuah bandar yang dikenali sebagai Bandar Satay terletak 20 kilometer dari Kuala Lumpur. Kajang dan persekitarannya kini mempunyai hampir 800,000 orang, dan semakin pesat membangun.
Ampun tuanku.
Matawang di Malaya sebelum menggunakan ringgit pada tahun 1967 ialah dolar Malaya dan British Borneo. Matawang ini digunakan di Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, serta sebahagian Kepulauan Riau juga menerima matawang ini dalam urusan jual beli.
Ringgit bermaksud bergerigi dalam bahasa lama Melayu. Dulu masa zaman Portugis dulu, mereka menggunakan wang perak Sepanyol yang bergerigi bentuknya. Dan salah satu sebab kenapa ada tempat di Melaka bernama Peringgit. twitter.com/mh_armanee/sta…
Tulisan Rencong Kerinchi yang pernah digunakan di Alam Melayu sebelum kehadiran Jawi dan Rumi.
Bila masa orang Malaysia panggil ni sampah burger? Bukan sampah, burger special. 😤 twitter.com/firstwefeast/s…
Adakah scene dalam filem ini benar berlaku? Sebab saya tak jumpa sebarang cerita tentang perkara ini. Kalau betul, dalam perkara ni menimbulkan satu persoalan, kenapa selalu Perancis suka sangat nak melukis gambar Nabi? 🤔 twitter.com/kenmiryam/stat…
Gambar lama, tahun 1950an. 😊
Selamat pagi. Takoyaki (たこ焼き) ialah snek bebola yang berintikan sotong yang popular di Jepun. 🇯🇵 Ia dicipta oleh seorang peniaga gerai (yatai) yang bernama Tomekichi Endo pada tahun 1935 di Osaka. Takoyaki diinspirasi dari akashiyaki, sejenis snek dari Akashi.
Ini pemandangan di Sungai Batu, Kedah, tapak ketamadunan Melayu yang terawal dijumpai, dan merupakan ketamadunan yang tertua di Asia Tenggara. Ia wujud pada kurun ke-6 SM, sezaman dengan Raja Rom ketiga, Tullus Hostillus. Sumber: FB Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara.
Selamat pagi dan Salam Maulidur Rasul. Ini adalah salasilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Semoga Allah limpahkan kurniaNya kepada Nabi junjungan kita semua. Amin.
Di Indonesia, projek Wikipedia untuk bahasa-bahasa daerah sedang giat dijalankan. Saya juga berharap ada Wikipedia dalam loghat Kelantan, bahasa Dusun atau bahasa Iban serta mempunyai entry Wikipedia yang lebih banyak dalam bahasa Melayu.
SEJARAH HALLOWEEN Halloween adalah perayaan yang disambut di Amerika Syarikat dan ia kini dirayakan di seluruh dunia setiap 31 Oktober. Tapi dari mana datangnya perayaan ini dan mengapa ia disambut?
Nokia 3310 adalah telefon bimbit yang dilancarkan pada tahun 2000, dan terjual sebanyak 126 juta unit. Kelebihan: bateri tahan lama, tahan lasak (jatuh telefon dari tingkat 2 pun boleh guna lagi). Kelemahan: Tak boleh main internet, tapi game snake tu fun. 😂 @XavierNaxa
RT jika awak seorang #Potterhead!
Letupan kilang mercun Sparkle di Sungai Buloh.